Pengenalan kepada Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan adalah satu mekanisme yang membolehkan orang membeli dan menjual (perdagangan) instrumen pasaran dengan mudah dan kos transaksi yang rendah dan pada harga yang mencerminkan pasaran yang cekap. Pasaran kewangan telah berkembang dengan ketara selama beberapa ratus tahun dan sedang menjalani inovasi berterusan untuk meningkatkan kecairan.

Membeli dan Menjual

Sekiranya anda percaya nilai satu instrumen pasaran akan meningkat, maka anda akan membeli instrumen itu dan akan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi pada satu masa akan datang. Inilah motivasi asas untuk perdagangan di pasaran kewangan.

Apabila anda ingin membuka posisi, anda perlu meletakkan suatu pesanan/perintah “masuk”. Jika dan apabila pesanan masuk itu dilaksanakan, ia menjadi “posisi terbuka” dan didagangkan di pasaran. Pada suatu masa akan datang, anda akan meletakkan pesanan/perintah “keluar” untuk “menutup” posisi kedudukannya. Posisi boleh “long” (pesanan masuk adalah untuk membeli, dan pesanan keluar adalah untuk menjual instrument itu) atau “short” (pesanan masuk adalah untuk menjual dan pesanan keluar adalah untuk membeli instrument itu).

Pada ketika anda membuat pesanan masuk, anda perlu menentukan tahap harga di mana anda ingin membeli atau menjual instrumen tertentu. Anda juga perlu menentukan jenis pesanan dan kuantiti instrumen yang anda ingin berdagang. Terdapat 3 jenis pesanan:

Pesanan Pasaran

Meletakkan pesanan pasaran bermaksud bahawa anda akan membeli harga semasa pada harga “permintaan” (atau “tawaran”), atau menjual pada harga semasa “bid”, tanpa mengira harga semasa. Sebagai contoh, katakan anda membeli satu instrumen pasaran dan harga pasaran semasa ialah 129.34/129.38. Ini bermakna seorang pedagang di pasaran sanggup membeli instrumen itu daripada anda pada harga 129.34 dan/atau menjualnya kepada anda pada harga 129.38.

Pesanan Hentian

Memulakan perdagangan dengan pesanan hentian bermakna anda hanya akan membuka posisinya jika pasaran bergerak ke arah yang anda harapkan. Sebagai contoh, jika satu instrumen didagangkan pada harga 129.34/129.38 dan anda percaya ia akan bergerak lebih tinggi, anda boleh meletak pesanan hentian untuk membeli pada harga 129.48. Ini bermakna pesanan itu hanya akan dilaksanakan jika harga di pasaran bergerak sehingga harga 129.48. Kelebihannya ialah jika anda salah dan pasaran bergerak menurun, pelanggan tidak dapat membeli (kerana harga 129.48 tidak akan pernah dicapai). Kelemahannya ialah harga 129.48 merupakan harga yang kurang menarik untuk dibeli daripada harga 129.38. Membuka posisi dengan pesanan hentian biasanya sesuai jika anda ingin berdagang hanya dengan momentum pasaran yang kuat dalam arah tertentu.

Pesanan Had

Pesanan had ialah pesanan untuk membeli di bawah harga semasa, atau menjual di atas harga semasa. Sebagai contoh, jika satu instrumen didagangkan pada harga 129.34/129.38 dan anda percaya pasaran akan meningkat, anda boleh meletakkan pesanan had untuk membeli pada harga 129.28. Sekiranya dilaksanakan, ini merupakan posisi long pada harga 129.28, iaitu 10 poin(mata) lebih baik daripada jika anda menggunakan pesanan pasaran. Kelemahan pesanan had ialah jika instrumen bergerak terus daripada harga 129.34/129.38, pesanan had pada harga 129.28 tidak akan dilaksanakan dan anda akan terlepas daripada peluang keuntungan walaupun pandangan arah anda adalah betul. Membuka posisi dengan pesanan had biasanya sesuai jika anda percaya bahawa pasaran akan tetap berada dalam jajaran sebelum bergerak ke arah yang diharapkan, yang membolehkan pesanan dilaksanakan terlebih dahulu.

Untuk kedua-dua pesanan masuk dan keluar, anda boleh menentukan paras harga yang dikehendaki untuk pelaksanaan. Anda perlu menentukan tahap harga apabila anda membuat pesanan masuk, sementara kebanyakan sistem perdagangan dapat membolehkan anda menentukan tahap harga pada bila-bila masa untuk pesanan keluar.

Pengiraan Keuntungan

Objektif perdagangan adalah membeli satu instrumen pasaran dan kemudian menjual instrumen pasaran yang sama dengan harga yang lebih tinggi. Untuk perdagangan margin, pedagang juga boleh menjual instrumen pasaran terdahulu dan kemudian membeli instrumen pasaran yang sama pada harga yang lebih rendah. Apa cara jua, pedagang harus menutup kedudukan posisinya untuk memperolehi keuntungan.

Marilah kita anggap bahawa anda membuka posisi long dengan membeli satu instrumen pasaran pada harga 129.38 (kuantiti 10000) dan beberapa jam kemudian, anda menutup kedudukan posisi dengan menjualnya pada harga 129.52 (kuantiti yang sama 10000). Kedua-dua perdagangan ini meberikan anda keuntungan sebanyak (129.52-129.38) * 10000 = 1400.

Kita juga boleh mengatakan bahawa kedua-dua perdagangan ini memberikan anda keuntungan sebanyak 14 mata(poin). “Mata atau Titik” adalah kenaikan terkecil dalam harga instrumen. Bagi instrumen seperti dalam contoh di atas, satu titik ialah 0.01 dan untuk instrumen yang didominasi dengan 4 perpuluhan, satu titik akan menjadi 0.0001. Mengekspresikan keuntungan posisi dalam mata(titik) biasanya amat berguna untuk pengiraan cepat dan anggaran.

Seperti contoh di atas, satu mata akan memberikan anda keuntungan sebanyak 0.01 * 10000 = 100, yang didenominasi dalam mata wang yang sama dengan denominasi instrumen pasaran itu.
Dalam mata wang Forex, denominasi pasangan mata wang adalah dalam mata wang kaunter (JPY adalah kaunter atau mata wang kedua(quote) dalam pasangan mata wang USD/JPY) dan anda mungkin memerlukan penukaran mata wang tambahan untuk mendapatkan keuntungan yang dikira dalam mata wang akaun dagangan yang anda denominasi.

Sertai komuniti pedagang yang berpengetahuan

Ia hanya memerlukan masa 30 saat
.

Pendedahan risiko

Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara, termasuk kemungkinan mengalamai kerugian atas modal dan kerugian lain dan tidak sesuai untuk semua orang awam.

Anda perlu membuat penilaian bebas sama ada perdagangan sesuai untuk anda memandangkan keadaan kewangan anda, pengalaman pelaburan, toleransi risiko, dan faktor lain yang berkaitan.


© 2018 Agea

Pin It on Pinterest