Margin & Terminologi

Keperluan Margin

Keperluan margin hanya digunakan untuk perdagangan margin. Ia membolehkan anda untuk memegang posisi yang jauh lebih besar daripada nilai akaun sebenar anda. Keperluan margin atau deposit bukanlah bayaran ke atas pembelian. Sebaliknya, margin adalah bon prestasi, atau deposit jaminan terhadap kerugian perdagangan. Platform dagangan sering melakukan pemeriksaan pra-perdagangan secara automatik terhadap kecukupan margin dan hanya akan melaksanakan perdagangan jika anda mempunyai dana margin yang mencukupi di akaun anda.

Sekiranya dana dalam akaun anda jatuh di bawah keperluan margin, kebanyakan sistem dagangan akan menutup satu atau lebih posisi terbuka secara automatik. Ini adalah untuk menghalang akaun anda daripada berada di bawah ekuiti walaupun dalam pasaran yang sangat tidak menentu dan bergerak pantas.

Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki mempunyai hanya ],000 di akaun anda untuk berdagang dengan satu posisi yang biasanya memerlukan ,000. ],000 (5%) dirujuk sebagai “margin”. Jumlah ini secara amnya adalah cagaran untuk menampung sebarang kerugian yang mungkin timbul. Margin harus mencerminkan beberapa penilaian rasional tentang potensi risiko dalam posisi.

Contohnya, jika satu instrumen pasaran sangat tidak menentu, keperluan margin yang lebih tinggi biasanya mencukupi.

Faedah Semalaman

Faedah semalaman hanya digunakan atas dagangan margin. Dagangan pada margin bermakna seorang pedagang meminjam wang untuk membeli atau menjual satu instrumen pasaran dengan menggunakan nilai akaun sebenar sebagai cagaran. Pedagang biasanya menggunakan margin untuk meningkatkan daya beli mereka supaya mereka boleh memiliki lebih banyak instrumen pasaran tanpa membayar sepenuhnya.

Memandangkan dagangan pada margin melibatkan peminjaman wang, pedagang perlu membayar faedah ke atas pinjaman. Faedah tersebut dirujuk sebagai Faedah Semalaman dan secara amnya dikenakan berdasarkan beberapa hari posisi pada margin dipegang. Kebanyakan sistem perdagangan akan mengenakan bayaran faedah setiap hari pada akhir setiap sesi dagangan dan caj tiga kali lebih banyak pada hari Isnin atau pada hari kerja lain yang ditentu (jika pasaran ditutup pada hujung minggu).

Dalam kes Forex, Faedah Semalaman dikira sebagai perbezaan kadar faedah antara kadar faedah untuk mata wang tertentu yang menjadikan pasangan mata wang yang sedang diniagakan. Sebagai contoh, jika seorang pedagang ingin menjual USD/JPY secara margin, dia perlu membayar 4.0% (misalnya kadar faedah AS pada 5.0% ditolak oleh kadar faedah Jepun pada 1.0% menjadikan perbezaan kadar faedah) daripada jumlah yang dipinjam setiap tahun untuk memegang posisi itu.

Sebelum berdagang dengan margin, pedagang adalah amat disyorkan untuk mendapatkan maklumat tentang kadar faedah yang tepat yang akan dikenakan untuk meminjam wang dan bagaimana ia akan mempengaruhi jumlah pulangan pelaburan.

Trading Terminology

Pedagang sering sembang antara satu sama lain mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan pasaran kewangan, memberi perspektif mereka dan membincangkan idea dagangan dan pergerakan pasaran semasa. Semasa berkomunikasi antara satu sama lain, mereka sering menggunakan slang dalam singkatan pendek untuk menyatakan pendapat mereka. Beberapa slang yang paling popular disenaraikan di bawah.

 

  • Peruntukan Aset: Pembahagian dana instrumen di kalangan pasaran untuk mencapai kepelbagaian atau pulangan maksimum.
  • Bearish: Pandangan pasaran yang menjangkakan harga yang lebih rendah.
  • Bullish: Pandangan pasaran yang menjangkakan harga yang lebih tinggi.
  • Chartist: Individu yang mengkaji grafik dan carta daripada data bersejarah untuk mencari trend dan meramalkan pembalikan trend.
  • Counterparty: Organisasi atau pihak lain yang mana transaksi dilaksanakan.
  • Pedagang Harian: Speculator yang mengambil posisi dalam instrumen yang akan ditutup sebelum penutupan hari dagangan yang sama.
  • Petunjuk Ekonomi: Statistik yang menunjukkan kadar pertumbuhan dan trend pertumbuhan ekonomi seperti jualan runcit dan pekerjaan.
  • Eksotik: Instrumen pasaran yang kurang diperdagangkan.
  • Pasaran Pantas: Pergerakan pantas di pasaran yang disebabkan  pembeli dan/atau penjual mempunyai minat kuat terhadap jualbeli.
  • Fed: Rizab Persekutuan A.S.. Keahlian FDIC adalah wajib bagi anggota Rizab Persekutuan.
  • GDP: Jumlah nilai keluaran, pendapatan atau perbelanjaan negara yang dihasilkan dalam sempadan fizikal negara.
  • Likuiditi: Keupayaan sesuatu pasaran menerima transaksi yang besar.
  • Tahap Rintangan: Harga yang mungkin akan menyebabkan pemulihan/pembalikan, tetapi jikanya dipecah, boleh menyebabkan pergerakan harga yang amat besar.
  • Spread: Perbezaan antara harga tanya (Bid) dan tawaran (Ask) suatu instrument pasaran.
  • Tahap Sokongan: Apabila suatu harga menyusut ke satu tahap di mana analisis mecadangkan bahawa tahap harga itu akan melantun semula.
  • Pasaran Tipis: Pasaran di mana jumlah perdagangan adalah rendah dan akibatnya, spread diperluaskan dan kecairan adalah rendah.
  • Volatiliti: Pengukuran jumlah yang mana harga aset dijangka turun naik dalam tempoh tertentu.

Sertai komuniti pedagang yang berpengetahuan

Ia hanya memerlukan masa 30 saat.

Pendedahan risiko

Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara, termasuk kemungkinan mengalamai kerugian atas modal dan kerugian lain dan tidak sesuai untuk semua orang awam.

Anda perlu membuat penilaian bebas sama ada perdagangan sesuai untuk anda memandangkan keadaan kewangan anda, pengalaman pelaburan, toleransi risiko, dan faktor lain yang berkaitan.


© 2018 Agea

Pin It on Pinterest