Soalan Lazim Dagangan

Berikut adalah soalan-soalan pedagang baru yang sering bertanya. Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan tambahan yang anda rasa perlu ditujukan, sila maklumkan kepada kami untuk disenaraikan supaya dapat membantu pedagang lain. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah soalan lazim berkaitan perdagangan umum, sementara ada dokumen lain di laman web ini yang menangani topik khusus AGEA.

Apa yang perlu saya lakukan dalam perdagangan?

Matlamat anda dalam perdagangan adalah untuk membeli pada harga yang lebih rendah dan menjual selepas itu pada harga yang lebih tinggi. Sebagai contoh, anda boleh membeli instrumen pasaran (kuantiti 10000) untuk 1.2349 dan kemudian menjualnya untuk 1.2458. Anda akan mendapat keuntungan sebanyak 109 (dalam mata wang instrumen itu disebut dalam).

Bila pasaran dibuka untuk berdagang?

Anda boleh berdagang dari Ahad 22:15 hingga Jumaat 21:00 GMT di platform Streamster dan dari Ahad 22:15 hingga Jumaat 21:00 GMT di platform MetaTrader 4. Dagangan maya dibuka sepanjang masa di platform Streamster. Sila taip GMT di Google.com untuk mengetahui waktu GMT pada saat ini. Berikut adalah jadual pasaran anggaran berdasarkan masa GMT: Pasaran Jepun dibuka pada jam 00:00 diikuti oleh Singapura dan Hong Kong yang dibuka pada jam 02:00. Pasaran Eropah dibuka di Frankfurt pada jam 07:00, manakala London dibuka sejam kemudian. Pasar New York dibuka pada jam 13:00 (NYSE dibuka pada jam 14:00). Pasaran Eropah ditutup pada jam 17:00 dan pasaran Australia bermula semula pada jam 23:00.

Apa itu posisi long dan short?
Posisi Long (beli kemudian menjual) dan posisi Short (menjual kemudian beli) adalah: Posisi Long secara ringkasnya adalah di mana seorang pedagang membeli instrumen pasaran pada satu harga dan bertujuan untuk menjualnya kemudian dengan harga yang lebih tinggi. Dalam senario ini, pedagang mendapat manfaat daripada pasaran meningkat. Posisi Short adalah di mana pedagang menjual instrumen pasaran dengan jangkaan ia akan menurun. Dalam senario ini, pedagang mendapat manfaat daripada pasaran yang sedang menurun.
Apa itu had kemasukan dan tahap hentian?

Pesanan had (Limit order) ialah pesanan untuk membeli di bawah harga semasa atau menjual di atas harga semasa. Contohnya, jika instrumen pasaran didagangkan pada tahap 1.2952/55 dan anda percaya bahawa harga adalah mahal, anda boleh membuat pesanan had untuk membeli pada 1.2945. Sekiranya dilaksanakan, ini akan memberi anda kedudukan yang panjang pada 1.2945, iaitu 10 mata lebih baik(murah) daripada jika anda membeli instrumen itu dengan pesanan pasaran. Pesanan hentian (Stop order) adalah pesanan di mana anda membeli di atas harga pasaran semasa atau menjual di bawah harga pasaran semasa dan ia digunakan jika anda tidak berhadap platform dan ingin mengikuti trend. Sekiranya instrumen pasaran didagangkan pada tahap 1.2952/55, anda boleh membuat pesanan hentian beli pada 1.2970. Sekiranya pasaran bergerak sehingga harga itu, pesanan anda akan dilaksanakan dan membuka posisi long. Sekiranya pasaran berterusan dalam arah yang sama (trend), posisi itu akan membawa keuntungan kepada anda.

Apa itu tahap stop-loss dan target?

Pesanan stop-loss memastikan posisi berkenaan dicairkan secara automatik pada harga yang telah ditetapkan untuk membatasi potensi kerugian seterusnya sekiranya pasaran bergerak melawan arah posisi pedagang. Tahap exit target ialah tahap harga di mana anda ingin menutup posisi anda apabila mencapai keuntungan tertentu. Anda boleh menetapkan tahap exit target semasa anda membuka posisi atau pada bila-bila masa sementara posisi itu masih dibuka.

Apakah yang dimaksudkan oleh GTC, GTD dan IOC?

Pesanan GTC (Good Till Canceled- Bolehpakai Sehingga dibatalkan) akan kekal di pasaran sehingga anda membatalkannya dan ia adalah jenis pesanan default. Pesanan GTD (Good Till Date – Bolehpakai Sehingga Tarikh) akan kekal di pasaran sehingga tarikh yang anda nyatakan, dan pesanan IOC (Immediate Or Cancel – Serta-merta Atau Batal) akan segera dilaksanakan (jika semua syarat dipenuhi) atau dibatalkan.

Apa itu poin dan posisi nilai poin?

Poin(mata) adalah perubahan terkecil dalam harga instrumen pasaran. Sekiranya harga berubah dari 1.2000 ke 1.2001 atau dari 201.10 hingga 201.11, ia berubah untuk 1 poin (mata). Nilai poin(mata) bergantung kepada saiz posisi anda

Bagaimanakah saya mengira keuntungan saya?

Keuntungan anda bergantung kepada saiz posisi anda dan perbezaan harga yang diniagakan. Jika anda beli satu instrumen pasaran pada 129.38 (kuantitinya 1000) dan kemudian jual pada 129.52, keuntungan anda adalah (129.52 – 129.38) * 10000 = 1400.

Bagaimana saya menguruskan risiko dalam perdagangan?

Pesanan had(limit) dan pesanan stop-loss adalah cara pengurusan risiko yang paling biasa dalam perdagangan. Pesanan had(limit) meletakkan sekatan ke atas harga maksimum yang akan dibayar atau harga minimum yang akan diterima. Pesanan stop-loss memastikan sesuatu posisi dicairkan secara automatik pada harga yang ditetapkan untuk membatasi potensi kerugian sekiranya pasaran bergerak melawan arah posisi pedagang.

Apakah jenis strategi yang perlu saya gunakan?

Pedagang membuat keputusan menggunakan laporan perniagaan, asas ekonomi, faktor teknikal dan maklumat lain yang berkaitan. Pedagang teknikal menggunakan carta, garis kecenderungan (trend lines), tahap sokongan dan rintangan, dan pelbagai pola dan analisis matematik untuk mengenal pasti peluang perdagangan, manakala fundamentalis meramalkan pergerakan harga dengan menafsirkan pelbagai maklumat ekonomi, termasuk berita, laporan perniagaan, penunjuk dan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan, dan juga khabar angin. Walau bagaimanapun, pergerakan harga yang paling dramatik berlaku apabila peristiwa yang tidak dijangkakan berlaku. Peristiwa itu boleh terdiri daripada bank pusat menaikkan kadar faedah dalam negeri kepada keputusan pilihanraya atau bahkan tindakan perang. Walau bagaimanapun, kebiasannya jangkaan terhadap peristiwa itu yang mengerakkan pasaran berbanding dengan peristiwa itu sendiri.

Sertai komuniti pedagang yang berpengetahuan

Ia hanya memerlukan masa 30 saat.

Pendedahan risiko

Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara, termasuk kemungkinan mengalamai kerugian atas modal dan kerugian lain dan tidak sesuai untuk semua orang awam.

Anda perlu membuat penilaian bebas sama ada perdagangan sesuai untuk anda memandangkan keadaan kewangan anda, pengalaman pelaburan, toleransi risiko, dan faktor lain yang berkaitan.


© 2018 Agea

Pin It on Pinterest