AGEA FAQ

AGEA telah menyusun senarai Soalan Lazim mengenai perkhidmatan dan produk kami. Soalan Lazim meliputi pertanyaan yang sering ditanyakan oleh pelanggan kami. Sekiranya terdapat soalan tambahan yang anda rasa harus diliputi, sila beritahu kami. Sebagai tambahan kepada FAQ ini, anda juga boleh membaca FAQ yang berkaitan dengan perdagangan umum di halaman berikut:

1. Pengenalan kepada AGEA

Bahagian FAQ ini meliputi soalan umum mengenai perkhidmatan AGEA.

1.1. Apakah AGEA?

AGEA adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan khusus dalam menyediakan pedagang dengan perkhidmatan perdagangan dalam talian yang berkualiti tinggi. Anda boleh melihat profil syarikat kami yang luas di laman  http://www.agea.com/why-agea/

1.2. Di mana dan bagaimana saya mulakan?

Sebelum anda boleh berdagang, anda perlu membuka akaun dengan kami (ia adalah percuma) dan memuat turun satu daripada platform perdagangan kami. Untuk membuka akaun anda, sila lawati https://www.agea.com/index.ncre?page=open-account dan untuk memuat turun platform perdagangan, sila lawati http://www.agea.com/index.ncre?page=downloads

1.3. Bolehkah saya menguji perkhidmatan anda dahulu?

Kami sangat menggalakkan para pedagang untuk berlatih dengan menggunakan wang maya (virtual funds) sekurang-kurangnya beberapa minggu, sebelum memulai perdagangan di meja perdagangan sebenar (live desk). Setiap pelanggan mendapat 000 wang maya di platform Streamster selepas membuka akaun dan wang maya ini boleh digunakan untuk berlatih. Tidak ada had masa dalam perdagangan dengan menggunakan wang maya.

1.4. Bagaimana jika saya tidak memahami pernyataan undang-undang?

Jangan menjadi pelanggan kami sehingga anda telah membaca, memahami, dan mengakui maklumat undang-undang di laman web AGEA.com dengan sepenuhnya. Jika anda tidak memahami dengan sepenuhnya maklumat tersebut, anda boleh merujuk kepada penasihat undang-undang yang berwibawa atau hubungi kami dengan pertanyaan khusus di halalam http://www.agea.com/contact .

1.5. Berapa banyak wang yang perlu saya mulakan?

Kami tidak mempunyai keperluan untuk deposit awal pada platform Streamster. Apabila anda mengesahkan akaun anda, anda mendapat ganjaran wang sebenar sebanyak dan wang maya 000 untuk mengamalkan latihan dagangan di platform. Jika anda ingin membuka akaun, sila pergi ke https://www.agea.com/index.ncre?page=open-account dan isikan borang di sana.

1.6. Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan AGEA?

Kami mempunyai program afiliasi yang sangat menarik untuk memberikan peluang kepada pelanggan dan pihak ketiga untuk mendapat pendapatan komisen yang lumayan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program affiliate kami, sila baca di laman http://www.agea.com/index.ncre?page=affiliate , di mana anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Anda hanya memerlukan kurang dari 3 minit untuk mengisi borang permohonan afiliasi.

1.7. Bolehkah saya membuka dua akaun?

AGEA mempunyai polisi ketat atas satu orang satu akaun, walaupun akaun induk ini boleh mengandungi beberapa akaun yang dipegang di platform yang kami tawarkan. Tidak kira jika akaun berada dalam keadaan baik atau dibatalkan atau ditutup, kami tidak membenarkan orang yang sama memegang dua akaun yang berbeza. Sekiranya sistem pengurusan kami mengesan terdapat beberapa akaun yang didaftarkan oleh orang yang sama, pemegang akaun berkenaan akan dikehendaki menyediakan dokumen untuk verifikasi. Dalam kes pelanggaran yang teruk terhadap polisi ini, AGEA boleh menyekat sebarang akses kepada pelanggan tersebut. Polisi ini diperkenalkan sebagai balasan kepada pengalaman penyalahgunaan yang berkaitan yang telah dialami oleh AGEA pada masa lalu.

2. Perkhidmatan Akaun AGEA

Bahagian FAQ ini meliputi soalan mengenai perkhidmatan akaun AGEA.

2.1. Bagaimanakah saya boleh deposit dana ke akaun saya?

Terdapat beberapa pilihan deposit yang kami sediakan untuk pelanggan kami. Sila lihat http://www.agea.com/index.ncre?page=payment-options untuk maklumat lanjut. Deposit melalui matawang digital adalah automatik dan dikreditkan ke dalam akaun AGEA anda dengan serta-merta. Sila pastikan anda mengikuti prosedur deposit digital yang dipilih sehingga siap sepenuhnya agar sistem mereka memberikan maklumat yang betul kepada kami mengenai deposit anda.

2.2. Di manakah saya boleh melihat maklumat akaun saya?

Untuk melihat maklumat akaun utama anda, username dan nombor akaun, anda boleh log masuk ke Pusat Akaun anda di halaman https://www.agea.com/index.ncre?page=center .

2.3. Di mana urus niaga akaun saya?

Ringkasan terperinci transaksi pengebilan di meja Default anda boleh dilihat di halaman https://www.agea.com/index.ncre?page=billing .

2.4. Bagaimanakah saya boleh menukar maklumat hubungan saya?

Untuk menukar maklumat hubungan anda, sila kunjungi halaman https://www.agea.com/index.ncre?page=change-contact-info .

2.5. Saya terlupa kata laluan saya. Apa yang boleh saya lakukan?
Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh memulihkannya dengan mengisi borang pemulihan kata laluan di halaman https://www.agea.com/index.ncre?page=recover-password . Jika anda tidak dapat mengingati sebahagian maklumat yang diperlukan, anda boleh kunjungi saluran bantuan langsung kami di mana kami akan menanya soalan tambahan mengenai akaun anda dan memulihkan semula kata laluan anda.
2.6. Bagaimanakah saya boleh menukar kata laluan saya?

Sila kunjungi https://www.agea.com/index.ncre?page=change-password di mana anda boleh menukar kata laluan akaun induk(master) anda. Sebaik sahaja anda log masuk ke Pusat Akaun, anda boleh menukar kata laluan untuk mengakses mana-mana akaun anda pada platform yang kami tawarkan. Untuk tujuan keselamatan, kami mengesyorkan anda untuk menukar kata laluan anda sekali setiap bulan.

2.7. Bagaimana saya boleh membuat pengeluaran atas dana saya?

Kami menyediakan beberapa pilihan untuk pelanggan mengeluarkan dana. Sila lihat https://www.agea.com/index.ncre?page=withdraw-funds untuk maklumat lanjut mengenai pilihan pengeluaran. Kami juga membenarkan pengeluaran ke akaun mata wang digital yang telah anda guna untuk deposit dana sebelum ini. Proses pengeluaran tidak diautomasikan untuk tujuan keselamatan, tetapi biasanya mengambil masa 6 hingga 24 jam untuk diproses.

3. Platform Dagangan AGEA

Bahagian FAQ ini meliputi soalan mengenai platform perdagangan yang ditawarkan oleh AGEA.

 

3.1. Platform dagangan apa yang anda tawarkan?

Untuk berdagang di AGEA, anda perlu menggunakan salah satu platform perdagangan yang disenaraikan di halaman http://www.agea.com/index.ncre?page=downloads . Kami tidak menawarkan perdagangan melalui telefon.

 

3.2. Apakah Sistem Operasi yang anda dukung?

Kami menawarkan perkhidmatan melalui beberapa platform dagangan yang boleh berfungsi pada banyak sistem operasi (OS) yang berlainan. Sila lihat halaman http://www.agea.com/index.ncre?page=downloads untuk maklumat lanjut mengenai sistem operasi yang disokong. Harap maklum bahawa anda boleh menggunakan perisian virtuelization (contohnya VMware) atau berbagai simulator OS jika OS anda tidak disokong secara langsung.

 

3.3. Apakah instrumen yang boleh saya berdagang?

AGEA menyediakan perkhidmatan perdagangan melalui beberapa platform yang disenaraikan di halaman http://www.agea.com/index.ncre?page=platform-services . Sila klik pada setiap platform yang ditunjukkan untuk mendapatkan senarai dan maklumat terperinci tentang instrumen yang ditawarkan. Senarai instrumen pasaran mungkin berubah pada masa akan datang.

3.4. Apa spread yang anda tawarkan?

Spread kami iaitu perbezaan antara harga tanya (Bid) dan tawaran (Ask) adalah berubah. Untuk maklumat terperinci, sila layari laman http://www.agea.com/index.ncre?page=platform-services dan pilih platform yang anda ingin semak atas spread. Harga spread sering berubah dan banyak ditingkatkan semasa hujung minggu, dalam perdagangan selepas pasaran tutup, dalam hal pengumuman berita pasaran atau semasa pasaran tidak stabil.

 

3.5. Apakah waktu untuk perdagangan langsung?

Anda boleh berdagang dari Ahad 22:15 hingga Jumaat 21:00 GMT di platform Streamster dan dari Ahad 22:15 hingga Jumaat 21:00 GMT di platform MetaTrader 4. Dagangan maya dibuka sepanjang masa di platform Streamster. Sila taip GMT di Google.com untuk mengetahui waktu GMT pada saat ini. Berikut adalah jadual pasaran anggaran berdasarkan masa GMT: Pasaran Jepun dibuka pada jam 00:00 diikuti oleh Singapura dan Hong Kong yang dibuka pada jam 02:00. Pasaran Eropah dibuka di Frankfurt pada jam 07:00, manakala London dibuka sejam kemudian. Pasar New York dibuka pada jam 13:00 (NYSE dibuka pada jam 14:00). Pasaran Eropah ditutup pada jam 17:00 dan pasaran Australia bermula semula pada jam 23:00.

3.6. Apakah leverage yang anda tawarkan?

Kami menawarkan pelbagai leverage bergantung pada platform dan jenis akaun yang disenaraikan di laman http://www.agea.com/index.ncre?page=platform-services .Sila klik pada setiap platform yang ditunjukkan untuk maklumat lanjut.

3.7. Adakah anda menawarkan kelas aset lain?

Pada masa ini kami menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk instrumen pasaran yang disenaraikan di halaman http://www.agea.com/index.ncre?page=instruments . Sekiranya kami memutuskan untuk memperluaskan perkhidmatan kami, anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut melalui laman web kami.

 

Hantarkan komen, cadangan dan sebarang soalan tambahan mengenai perkhidmatan atau produk AGEA.

Kami sedia menanti pengiriman anda mengenai kandungan di halaman ini untuk membantu anda menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin berlaku.

Sertai komuniti pedagang yang berpengetahuan

Ia hanya memerlukan masa 30 saat.

Pendedahan risiko

Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang ketara, termasuk kemungkinan mengalamai kerugian atas modal dan kerugian lain dan tidak sesuai untuk semua orang awam.

 

Anda perlu membuat penilaian bebas sama ada perdagangan sesuai untuk anda memandangkan keadaan kewangan anda, pengalaman pelaburan, toleransi risiko, dan faktor lain yang berkaitan.

 


© 2018 Agea

Pin It on Pinterest